Dr Yusuf al-Qardawi dalam bukunya
"Dawr al-Qiyam Wa al-Akhlak Fi al-Iktisad al-Islami"
memberi contoh pembaziran yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara disedari atau tidak, seperti:-
1- mengabaikan ternakan dan tanaman,
2- tidak menjaga makanan sehingga musnah dan tidak boleh dimakan,
3- membiarkan pakaian kotor sehingga cepat luntur,
4- tidak menyelenggara rumah kediaman,
5- kereta dan barang kepunyaan sendiri sehingga cepat rosak.
6- Membiarkan lampu menyala tanpa sebarang muslihat,
7- membiarkan paip air bocor menyebabkan kerugian terpaksa ditanggung,
8- membuang makanan yang masih boleh dimakan pada hal ada orang miskin yang kelaparan,
9- memusnahkan pakaian yang masih baik dan boleh dipakai semata-mata kerana dianggap ketinggalan zaman pada hal ada orang memerlukannya untuk menutup aurat,
10- menaiki kenderaan bersendirian pada hal masih ada beberapa tempat duduk yang kosong dan ada orang yang memerlukannya untuk menuju ke destinasi yang sama
11- makan bersendirian padahal dia boleh dikongsi beberapa orang.
Mensia-siakan harta adalah suatu sikap yang bertentangan dengan budaya Islam, termasuklah:-
12- membiarkan bumi kosong tanpa ditanam sebarang pokok atau tanpa diambil langkah menghidupkan buminya,
13- perusahaan yang tidak ditingkatkan produktivitinya pada hal ia masih boleh ditingkatkan,
14- haiwan disembelih tetapi banyak bahan yang berfaedah terbuang seperti kulit, bulu dan seumpamanya.
Pembaziran bertentangan dengan budaya Islam.
Rasulullah pernah menegur seorang lelaki yang sedang mengheret bangkai kambing untuk dibuang, sabda baginda: "Mengapa kamu tidak buang kulitnya terlebih dahulu?" Jawab mereka: "Kulit kambing ini bangkai yang tidak berguna lagi." Sabda baginda: "Bangkai itu hanya haram dimakan, tetapi kulitnya masih boleh dimanfaatkan." Justeru, harta benda tidak boleh disia-siakan.
Imam al-Bukhari
menjudulkan hadis di atas dengan suatu judul yang menarik, iaitu: "Perlukah tempayan arak dipecahkan?"
Maksud beliau ialah jika tempayan arak boleh dibersihkan, tidak ada sebab mengapa ia harus dimusnahkan.
Pemikiran Islam jelas sekali dalam hal ini dan kita percaya jika ajaran Islam ini dihayati dan diamali dengan sebaik-baiknya masyarakat Islam akan menjadi lebih indah dan makmur.
No comments:
Post a Comment