Kata taubat berasal daripada perkataan Arab yang bererti kembali, seperti
firman Allah yang bermaksud:
"Kecuali orang yang bertaubat (kembali) dan beriman."
(Surah Al-Furqan: ayat 70)
Dari segi bahasa, taubat bererti kembali kepada keadaan yang suci laksana bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya tanpa apa-apa dosa.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Orang yang bertaubat itu kekasih Allah, orang yang bertaubat daripada dosa adalah seperti orang yang tiada mempunyai dosa."
(Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ibnu Masud)

Taubat juga dapat diertikan sebagai kembali kepada ajaran Allah dengan meninggalkan segala larangan-Nya. Sebahagian ulama mentakrifkan taubat sebagai kembali daripada jalan yang ditunjuki syaitan dan nafsu kepada jalan Allah.
Ibnu Abbas pula mentakrifkan taubat:
"Menyesal dengan hati, beristighfar dengan lidah, meninggalkan perbuatan maksiat dengan anggota tubuh dan berazam dengan kukuh dalam hati tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi."

Pada segi hukum pula, ulama bersepakat menyatakan ia wajib kerana dosa dan perbuatan maksiat itu dapat membinasakan iman dan menjauhkan diri daripada Allah.
Nas yang menunjukkan bahawa hukum bertaubat itu wajib dan tidak boleh diambil ringan, boleh diperhatikan kepada maksud ayat al-Quran dan hadis berikut:

Firman Allah yang bermaksud "Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang mukmin, supaya kamu berjaya."
(Surah An-Nur: ayat 31)
(Surah An-Nur: ayat 31)
Satu daripada hadis nabi menyebut dengan maksudnya:
"Iringilah perbuatan jahat yang kamu kerjakan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya."
(Hadis Riwayat Tarmizi dan Abu Dzar)

Lukman al-Hakim pernah berwasiat kepada anaknya dengan menyatakan:
"Hai anakku, janganlah engkau tangguhkan bertaubat, sesungguhnya mati itu akan datang dengan tiba-tiba."

Imam al-Ghazali pula berkata:
"Orang yang tidak segera bertaubat akan mendapat bahaya yang besar iaitu:
* Bertindan kegelapan hati sehingga menjadi karat yang melekat dan akhirnya menutupi hati.
* Jika dia didatangi sakit atau maut bererti dia datang menghadap Allah dengan hati yang tidak sejahtera."

Sesiapa yang sudah terlanjur melakukan maksiat wajib bertaubat. Kewajipan bertaubat adalah terus menerus pada bila-bila masa sahaja kerana manusia dalam kehidupannya sehari-hari mudah terdedah dengan perbuatan maksiat.
Adapun sebaik-baik taubat hendaklah dilakukan segera serta berulang-ulang secara berterusan.
Rasulullah tidak menyukai umatnya yang selalu menangguhkan taubat. Hal ini dapat diperhatikan daripada hadis baginda bermaksud:
"Binasalah orang yang menyatakan esok saya akan bertaubat."

Wallahu ak'lamu bissowaf....
No comments:
Post a Comment