Sayugia diingatkan bahawa terdapat beberapa halangan yang pasti dihadapi untuk melaksanakan ibadat ini. Dalam hadits disebutkan apabila seseorang hendak menunaikan sembahyang malam datanglah malaikat seraya berkata kepadanya : “Bangunlah , hari telah pagi , solat dan ingatlah kepada Tuhanmu” . Syaitan pula datang dan memujuknya dengan berkata : “Malam masih panjang , tidurlah lagi . Nanti engkau bangunlah”. Sekiranya dia bangun maka badannya menjadi ringan dan cergas ( sihat ). Jika tidak bangun dan tidur hingga ke siang hari maka syaitan telahpun kencing dalam telinganya.Di antara langkah-langkah yang patut diambil bagi mengelakkan diperlakukan oleh syaitan sedemikian rupa, di mana Al-Imam Al-Ghazali memberikan kepada kita beberapa teknik supaya mudah berqiyamullail. ( Ihya Ulumiddin hlm. 421 ).
Antaranya :1. Kurangkan makan .2. Kurangkan kerja-kerja berat yang menyebabkan badan menjadi letih dan tidak mampu bangun pada malam hari .3. Hendaklah tidur sebentar di waktu siang sebelum atau selepas zohor seperti yang diamalkan oleh Nabi saw.4. Elakkanlah daripada melakukan sebarang dosa sama ada melibatkan percakapan, perbuatan dan niat. Sufiyan At-Thauri berkata : Aku tidak dapat berqiyamullail selama lima bulan disebabkan dosa yang ku lakukan .
No comments:
Post a Comment