Tuesday, August 26, 2008

Qiyamullail Untuk Golongan Yang Uzur.

Halangan seperti sakit, haid, nifas dan keuzuran syar’ie yang lain, tidaklah menyebabkan gugurnya tuntutan berqiyamullail. Mereka boleh duduk menghadap kiblat sambil mengingati Allah dan berdoalah apa yang dikehendaki. Jika tidak berkemampuan maka bolehlah dilakukan dalam keadaan baring. Ini kerana Nabi ada bersabda dalam satu hadits Sahih yang bermaksud : “Pada waktu malam ada satu waktu Allah swt. menerima segala permintaan hambanya iaitu sewaktu qiyamullail”. ( Muslim 2 / 175 )Jika seseorang itu yang biasanya berqiyamullail tiba-tiba tidak terbangun pada malam itu, maka bolehlah diqada`nya pada waktu dhuha keesokan hari .

Amaran Bagi Mereka Yang Meninggalkan Qiyamullail.
Di dalam hadits sahih riwayat Bukhari dan Muslim , Nabi saw bersabda: “Janganlah jadi seperti folan itu ( dia ) , dahulu dia berqiyamullail, sekarang tidak”. ( Al-Bukhari 2/68 , Muslim 3/164 ) .
Namun begitu ini hanyalah amaran kepada mereka yang selalu qiyamullail .
Malam-malam Yang Digalakkan Berqiyamullail
1. Tujuh hari dalam Ramadhan iaitu hari ke 17, di mana berlakunya pertempuran Badar dan 6 hari-hari terakhir bulan Ramadhan.2. Lapan hari yang lain iaitu pada hari pertama Muharram, malam hari A’syura ( 10 Muharram ), awal Rejab, pertengahan Rejab, 27 Rejab di mana berlaku Isra’ dan mikraj, Nisfu Syaaban, malam Arafah ( 9 Zulhijjah ), malam dua hari raya ( Fitri dan Adha ) .3. Hari-hari terpilih dalam seminggu pula ialah hari Isnin dan Khamis dan pada hari ke 11, 12 serta 13 tiap-tiap bulan Islam . Hari-hari ini juga digalakkan berpuasa .

Rujukan bab Qiyamullail tersebut dari sumber
- Al-Quran Al-Karim
- Sohih Al-Bukhari
- Sohih Muslim- Jami’ At-Tirmizi
- Ihya` Ulumiddin lil Ghazali takhrj Al
-‘Iraqi- Mukhtasar Minhajil Qosidin lil Maqdisi
- Mukhtasar Qiyamillail lil Marwazi
- Qawaribun Najati Fi Hayatid Duat li Fathi Yakan

No comments: