Thursday, August 7, 2008

ILMU-SEDEKAH-ANAK YANG SOLEH

Dalam mengharungi dunia ini Allah akan menguji manusia dengan, kekayaan, kemewahan, kepapaan, kekuasaan, kedudukan dan sebagainya.....

Semua ini tidak dapat kita nafikan, tujuannya ialah untuk melihat siapa yang berjaya dan siapa yang gagal di kalangan insan. Kerana bukannya senang untuk kita memasuki syurga Allah dan juga bukannya susah.

Sekiranya kita diberi kekayaan ingatlah bahawa ia bukanya kepunyaan kita, tetapi adalah hak Allah. Hanya Allah memberinya untuk melihat sejauhmana kita dapat menguruskan kekayaan itu sebaik-baiknya demi untuk jalan Allah.

Kisah Qarun dan juga Abdul Rahman Auf. Dua insaf, satu gagal dan satunya berjaya, malah telah dijanjikan Allah di antara sahabat yang akan masuk syurga. Itulah tujuan hidup kita.

Kepapaan yang kita hadapi juga sebagai satu cubaan dari Allah untuk melihat kesabaran kita sebagai manusia.

Sebagai umat Islam kita lebih digalakkan untuk mencari kekayaan, tetapi janganlah kekayaan itu melalaikan kita, dan bukanlah kekayaan itu boleh mempengaruhi kita. Janganlah kita sanggup menjual prinsip-prinsip Islam semata-mata untuk mendapatkan pujian daripada insan.

REDHA ALLAH yang patut kita cari. Kerana yang akan mengiringi kita ketika bertemu dengan Allah hanyalah dengan tiga perkara:
1. ILMU 2. SEDEKAH dan 3. ANAK YANG SOLEH

Wallah hu aklamu bissowaf.....

No comments: