Tuesday, August 5, 2008

Artikel pilihan today......

Jangan rasa hina dan rasa bimbang
Sebagai ummat Islam kita tidak boleh merasakan diri kita hina kerana disebabkan dengan kekurangan yang kita ada sebaliknya kita mesti kuat kan semangat....jangan kita pula membanggakan diri atau bersifat takabur. Sifat takabur ini Allah s.w.t berpesan dalam Quran yang bermaksud: Jangan kamu berjalan dimukabumi ini dengan perasaan bonggok dan sombong...Kehidupan dunia ini hanyaah sementara....Usah dikejarkan dengan kekayaan dan kemasyhuran. Semua itu tidak akan berkekalan jika kita tidak tahu menggunakan nikmat yang Allah kurniakan itu kepada jalan-jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t

Semua manusia sama di sisi Allah s.w.t. Hanya yang membezakan kita ialah Takwa.....Jangan kita rasa hina dan rasa bimbang tentang kehidupan kita di dunia ini, jikalau kita mengikut apa yang di suruh oleh syariat dan agama. Jaga perhubungan kita dengan allah dan hubungan kita dengan manusia. Allah s.w.t ada menyebut dalam Al-Quran tentang hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Allah. Hablun minal llah dan hablun minan nas...Hubungan dengan Allah mesti baik dan hunungan dengan manusia pun kita mesti baik....jangan kita hanya menjaga hubungan dengan Allah sahaja dan begitulah sebaliknya.

Apa yang penting teruskan perjuangan tanamkan sifat sabar dalam diri, redha dengan ujian dan dugaan semasa berada di dunia yang bersifat sementara. Maafkan segala kesilapan orang lain, redha dengan dugaan dan ujian Allah. Sedia memperbaiki kelemahan diri demi kebaikan bersama. Firman Allah s.w.t berfirman:
Jangan kamu rasa hina dan jangan kamu rasa bimbang bahkan kamu adalah lebih mulia jika kamu orang yang beriman.

Wallah hu aklamu bissowaf

2 comments:

Anonymous said...

salam..sheikh..

alhamdulillah..kawe buleh komen daa...

azly ak

Umurina said...

silakan kalau nak komen...Agama itu nasihat menasihati...ingat mengingati dan sedia meneriam teguran yang membina...