Wednesday, August 13, 2008

Hukum menasabkan anak zina kepada bapa

Soalan : Dari segi hukum anak luar nikah itu tidak boleh dibintikan kepada bapa? Apakah berdosa jika untuk mengelakkan dari kemudharatan bila dia mempunyai anak nanti, anak luar nikah itu tetap mengekalkan binti bapanya

Jawapan:
Antara dasar pembinaan hukum-hakam dalam Islam ialah bagi Memelihara keturunan. kerana itulah Allah Taala mengharamkan perzinaan dan sebaliknya menghalalkan pernikahan.

Kemudian disyariatkannya juga iddah selepas berlaku perceraian.
Diharamkannya juga menasabkan (mem'bin'kan) kepada yang bukan bapa sebenarnya.
Semuanya itu adalah bertujuan memelihara keturunan. Agar tidak berlaku percampuran, kesamaran dan pencemaran keturunan.

Perzinaan adalah satu bentuk persetubuhan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan. Tumpahan benih dari kedua-dua pihak (lelaki&perempuan) dalam hubungan ini tidak terhormat dan juga tidak dapat dipertanggungjawabkan. Berbeza dengan tumpahan benih dari hubungan perkahwinan. Ianya terhormat dan boleh dipertanggungjawabkan.

Firman Allah : dalam Surah Al-Israq ayat 32
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

No comments: