Tuesday, August 12, 2008

PENGAJIAN DI AL-AZHAR


PENGAJIAN DI AL-AZHAR

Pengajian di al-Azhar sememangnya terpelihara daripada unsur percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini disebabkan fakulti siswi diletakkan berasingan daripada fakulti siswa. Selain itu, kemasukan berdasarkan faktor keturunan tidak diamalkan di sini. Pengajiannya berjalan di atas sistem semester kecuali fakulti pertanian yang berdasarkan 2 penggal pengajian sahaja. Perlu disebutkan juga bahawa peperiksaan di al-Azhar dijalankan mengikut pemeringkatan yang telah ditetapkan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN BAGI PELAJAR LUAR MESIR
1. Bagi mereka yang mengikuti pengajian di Maahad-maahad al-Azhar atau Maahad Ghizzatuddin, mereka disyaratkan memperolehi Sijil Thanawi al-Azhar untuk kelayakan memohon masuk ke mana-mana fakulti berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan.2. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Thanawi dari Maahad Bu'uth Islami atau yang setaraf dengannya, mereka layak memohon masuk ke fakulti-fakulti tertentu berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan.
3. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Thanawi Am atau yang setaraf dengannya dan juga calon yang mendapat biaya pengajian daripada Kerajaan Mesir, mereka layak memohon masuk dengan mengambil kira keadaan berikut :
3.1 Bagi pelajar bukan dari negara-negara Arab yang berminat memohon masuk ke Fakulti-fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab layak memohon berdasarkan syarat-syarat seperti memperolehi sekurang-kurangnya markah kelayakan minimun serta memenuhi kuota pengambilan seperti yang telah ditetapkan. Hal yang sama turut disyaratkan kepada pelajar-pelajar dari Selatan Sudan.
4. Bagi pelajar yang memperolehi Sijil Pengiktirafan (Mu'adalah) bagi tahun-tahun tertentu layak memohon berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Lujnah Pengiktirafan Universiti al-Azhar.

Perhatian : Kesemua calon di atas perlu mengemukakan borang permohonan mereka kepada Urusetia Bu'uth Islam al-Azhar melalui Pejabat Pendaftaran Kemasukan Pelajar Universiti al-Azhar berdasarkan syarat-syarat berikut: a. Disyaratkan kepada lepasan Maahad Thanawi al-Azhar dan Al Bu'uth serta pengkhususanQiraat untuk memohon kemasukan ke universiti bagi tempoh tidak melebihi 2 tahun daripada tahun penerimaan sijil. Bagi calon yang bukan dari negara Arab yang berminat memasuki fakulti keagamaan, mereka disyaratkan memohon dalam masa tidak melebihi 3 tahun dari tarikh penerimaan sijil. b. Calon-calon wajib memperolehi Sijil Mu'adalah dengan pangkat lulus sama ada Mumtaz (90%), Jayyid Jiddan (80%), Jayyid (65%), atau Maqbul (50%). Bagi yang lulus tanpa pangkat juga layak dengan syarat memperolehi markah kelayakan minimun untuk masuk. c. Kemasukan calon luar Mesir ke fakulti-fakulti bukan keagamaan dihadkan dengan tidak melebihi 10% daripada bilangan calon Mesir manakala keutamaan bagi kelayakan masuk adalah seperti berikut :(I) Calon-calon luar yang mendapat tajaan pengajian dari Kerajaan Mesir. (ii)Calon-calon yang memperolehi Sijil Thanawi al-Azhar atau Maahad Bu'uth Islami di Mesir. (iii)Calon-calon yang memperolehi Sijil Mu'adalah yang setaraf dengan Sijil Thanawi AlAzhar atau Maahad Bu'uth Islami dan Kemasukan pelajar ke fakulti-fakulti seperti Perubatan,Perubatan Pergigian, Farmasi, dan Kejuruteraan tidak dibuka kepada semua warganegara asing melainkan mendapat kebenaran khas daripada Rektor Universiti. Calon-calon yang layak daripada sijil Thanawi Am atau yang setaraf dengannya akan menyusuli calon-calon tajaan Kerajaan Mesir pada peringkat pra Universiti. Segala peraturan pengajian dan peperiksaan yang berkenaan turut melibatkan mereka. f. Semua calon tidak akan mendapat pengesahan kemasukan ke universiti sama ada di peringkat pra mahupun ijazah sehingga selesai membayar segala yuran dan bayaran jaminan serta urusan-urusan pengajian yang lain berdasarkan Peraturan Pelaksanaan bagi Undang-undang Bernombor 103 Tahun 1961M yang dikeluarkan dengan persetujuan Presiden Mesir bernombor 250 Tahun 1975 dan disemak oleh Majlis Tertinggi al-Azhar pada 31 Mac 1985.

No comments: